Thursday, September 13, 2007

Tart Nenas Bergulung

Ini adalah kueh raya yang paling saya suka in the world. Namanya Tart Nenas Gulung. Ianya sangat mudah untuk dibuat dan pada masa raya, saya pasti akan 'attack' kueh ini dahulu walaupun terdapat pelbagai kueh lain.

Jadi tahun ini, saya fikir sebagai seorang isteri, saya mesti memasak satu kueh. Tekalah apa kueh pilihan saya?




Tart Nenas Gulung
Bahan-Bahan:
Bahan A
1 kg tepung gandum
1 ketul buttercup
2 biji telur
2 biji kuning telur(untuk disapu)
2 sudu teh esen vanila
2 sudu teh esen nenas
majerin untuk melembutkan doh Bahan B
1 biji nenas
1 ½ cawan gula
4 kuntum bunga cengkih
sehelai daun pandan
Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan uli hingga lembut untuk dijadikan doh.
2. Masak semua bahan B sehingga pekat dan sejukkan.
3. Masukkan doh ke dalam acuan tart dan tekan, kemudian letakkan jem nenas di atasnya dan gulung.
4. Sapukan kuning telur diatasnya untuk nampak lebih berseri, dan bakar.

Tambahan:
Di dalam doh tidak perlu di letakkan gula, kerana jem nenas sudah mempunyai rasa manis.

Cobalah!